Selasa, 12 November 2013

BIDANG 1; PERKEMBANGAN DIRI

1.1 ; Kepercayaan Kepada Tuhan

Definisi -> Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan
mematuhi segala suruhan-Nya berlandaskan pegangan
agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun
Negara

Kata Kunci -> Keyakinan wujudnya Tuhan.
-> Mematuhi segala suruhan- Nya.
-> Mengikut pegangan agama masing-masing dan prinsip Rukun Negara.

Kandungan Teks ; Tajuk ~ Kesejahteraan Alam Tanggungjawab Bersama

1. Manusia diamanahkan untuk menjaga alam dan penghuninya.
a) Amanah Tuhan kepada manusia terhadap alam sekitar.
i. Tidak membuang sampah / toksik merata-rata.
ii. Tidak meneroka hutan atau melakukan pembalakan haram.
iii. Tidak membakar hutan atau pembakaran secara terbuka.
iv. Tidak memburu atau membunuh haiwan yang dilindungi.
v. Menjaga alam dan penghuninya agar tidak berlaku kerosakan.

b) Amanah Tuhan kepada manusia sesama manusia.
i. Hidup berkasih sayang, bantu membantu dan bekerjasama antara satu sama lain.
ii. Tidak melakukan penderaan kanak-kanak atau pembuangan bayi.
iii. Tidak mencuri. Menipu, merogol dan penagihan dadah.

2. Peranan dan Tanggungjawab sebagai satu amanah
a) Sikap bertanggungjawab terhadap semua tindakan demi kesejahteraan diri dan orang lain.
i. Menyokong usaha-usaha menjaga alam sekitar.
ii. Mematuhi undang-undang alam sekitar.
iii. Menjadi warganegara yang baik.

b) Perlakuan baik dilakukan oleh setiap individu
i. Tolong menolong antara satu sama lain.
ii. Hidup berbaik-baik.
iii. Mensyukuri nikmah pemberian Tuhan.

Ahad, 20 November 2011

BIDANG 3 ; ALAM SEKITAR (3.4;Peka Terhadap Isu Alam Sekitar)

BIDANG 3 ; ALAM SEKITAR (3.4;Peka Terhadap Isu Alam Sekitar)

Definisi -> Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekitar dan berusaha menyelesaikannya

Kata Kunci -> Prihatin terhadap persoalan alam sekitar.
-> Berusaha menyelesaikannya.

Isu-isu alam :
i) Pencemaran (SPM 2004)
ii) Jerebu /pembakaran terbuka (SPM 2006)
iii) Pembuangan sisa toksik (SPM 2006)
iv) Kitar Semula
v) Kepupusan hidupan liar
vi) Pembalakan / penerokaan hutan

Kandungan Teks ; Tajuk ~ Alam Sekitar Berkualiti Tanggungjawab Bersama

Peranan pelbagai pihak dalam menjaga kuaiti alam sekitar

1. Jabatan Alam Sekitar (JAS)
a) Menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
b) Memastikan keunikan, kepelbagaian dan kualiti alam sekitar dikekalkan.

2. Masyarakat / orang ramai
a) Bekerjasama menjayakan kempen-kempen kerajaan berkaitan penjagaan alam sekitar seperti “Kempen Kitar Semula”
b) Melaporkan kes-kes salah laku yang mencemarkan alam sekitar kepada pihak berkuasa.

3. Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) – Sahabat Alam Malaysia (SAM)
a) Menyuarakan bantahan terhadap projek-projek yang menjejaskan kualiti alam sekitar.
b) Mengadakan kempen-kempen kesedaran tentang kesedaran menjaga alam sekitar.

4. Pertubuhan NGO Antarabangsa World Wildlife Fun (WWF dan Green Peace)
a) Memperjuangkan alam sekitar yang berkualiti.
b) Memberi tumpuan terhadap usaha-usaha pemuliharaan hidupan liar dan hutan.

Kebaikan menjaga kualiti alam sekitar.
a) Dapat menjamin kualiti alam sekitar yang bersih.
b) Dapat menjamin kesejahteraan dan keselesaan hidup rakyat.
c) Dapat memelihara keseimbangan ekosistem dan alam sekitar

BIDANG 3 ; ALAM SEKITAR (3.3;Kemapanan Alam Sekitar)

BIDANG 3 ; ALAM SEKITAR (3.3;Kemapanan Alam Sekitar)

Definisi -> Pengekalan keseimbangan alam sekitar sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup

Kata Kunci -> Pengekalan keseimbangan alam sekitar.
-> Tanggungjawab bersama

Kandungan Teks ; Tajuk ~ Alam Sebagai Teman

Pengurusan tanah secara bertanggungjawab untuk menjalankan pelbagai aktiviti

♀ Bermaksud kawasan hutan atau tanah diterokai dan dibangunkan tetapi pada masa yang sama diurus dengan baik supaya tidak menjejaskan alam sekitar.

Cara mengurus secara bertanggungjawab

 Merancang zon perindustrian dengan membina kilang jauh dari sumber air.
 Membina loji pelupusan sisa toksik dengan sistematik.

 Penyediaan kelengkapan yang selamat bagi tujuan pelupusan dilaksanakan.

 Memasang cerobong penapis udara.

 Merancang zon perindustrian dengan membina kilang jauh dari sumber air.
 Membina loji pelupusan sisa toksik dengan sistematik.

 Penyediaan kelengkapan yang selamat bagi tujuan pelupusan dilaksanakan.

 Memasang cerobong penapis udara.

Permasalahan / Isu

1. Perindustrian
a) Pencemaran air
b) Pembuangan sisa radioaktif
c) Pencemaran udara

Cara mengurus secara bertanggungjawab

 Merancang zon perindustrian dengan membina kilang jauh dari sumber air.
 Membina loji pelupusan sisa toksik dengan sistematik.
 Penyediaan kelengkapan yang selamat bagi tujuan pelupusan dilaksanakan.
 Memasang cerobong penapis udara.

Permasalahan / Isu

2.Pertanian
a) Penggunaan baha kimia secara keterlaluan
b) Penggunaan racun serangga tanpa kawalan.
c) Pembakaran terbuka

Cara mengurus secara bertanggungjawab
 Menggantikan penggunaan baja kimia dengan baja organik seperti baja tahi ayam.
 Menggunakan kaedah biologi melalui hubungan pemangsa.
 Gantian dengan cara pereputan semulajadi.


Permasalahan / Isu

3.Perlombongan
a) Wujud kawasan lombong terbiar
b) Hasil lombong tidak dimanfaatkan

Cara mengurus secara bertanggungjawab
 Ditebus guna untuk membangunkan kawsan perindustrian, perumahan dan taman rekreasi.
 Hasilkan bahan seramik daripada lumpur lombong untuk membuat pasu, pinggan mangkuk.

Permasalahan / Isu

4.Penempatan
a) Wujud Kawasan Setinggan
b) Banjir kilat
c) Tanah runtuh

Cara mengurus secara bertanggungjawab
 Membuat penempatan baru yang lebih terancang.
 Membina sistem perparitan yang terancang.
 Membina dinding cerun dengan konkrit.

Kepentingan menguru tanah secara bertanggungjawab

i. Dapat membantu merawat / mencegah alam sekitar daripada terus tercemar.
ii. Mengatasi masalah alam sekitar seperti jerebu, banjir kilat dan tanah runtuh.
iii. Menjaga keseimbangan alam sekitar tetapi pada masa yang sama meneruskan pembangunan.

BIDANG 3 ; ALAM SEKITAR (3.2;Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar)

BIDANG 3 ; ALAM SEKITAR (3.2;Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar)

Definisi -> Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmoni antara manusia dengan alam sekitar supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekitar terpelihara

Kata Kunci -> Keadaan saling memerlukan hubungan harmonis antara manusia dengan alam sekitar.

-> Supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekitar terpelihara.

Kandungan Teks ; Tajuk ~ Fikir Dahulu Sebelum Buang

Pelupusan sisa secara terancang dan berteknologi menjamin persekitaran berkualiti

♀ Konsep 3R

1. Program 3R – Reduse, Reuse, Recycle

2. Tujuan / Kepentingan program 3R
a. Mengurangkan pencemaran penghasilan sampah sarap.
b. Mengurangkan pencemaran alam sekitar
c. Mengamalkan cara hidup sihat.
d. Menjimatkan sumber semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan dan mineral.
e. Menjimatkan penggunaan tenaga dan kos.

Program 3R

Reduse
-Mengurangkan buangan
-Kita cuba sedaya upaya mengurangkan bahan buang. Menggalakkan orang ramai membawa beg sendiri ketika membeli belah.

Reuse
-Mengguna semula
-Kita mengguna semula bahan-bahan buangan secara terus atau mengubah fungsi bahan tersebut dengan merekacipta barangan baru.

Recycle
-Pengitaran semula
-Kita mengguna semula bahan lama tanpa menghasilkan barangan baru. Kita membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar.

3. Peranan pelbagai pihak dalam menjayakan program 3R

a. Peranan orang ramai (pengguna)
i) Memberi sokongan dan menyertai kempen-kempen kitar semula.
ii) Berjimat cermat menggunakan bahan sumber alam yang terhad seperti petroleum, arang batu, air, hutan / pokok.
iii) Menyokong kewujudan kedai-kedai barangan terpakai.
iv) Menyokong menjual surat khabar lama, pakaian lama.

b. Peranan pengeluar
i) Menghormati dan mematuhi undang-undang berkaitan alam sekitar sepeti Akta Kualiti Alam Sekitar 1974,
ii) Mengurangkan pengeluaran sisa-sisa industri dengan cara mewujudkan sistem pengeluaran yang terancang dan mesra alam.
iii) Mewujudkan cara-cara memproses barang yang lebih seperti mengurangkan penggunaan tenaga dan bahan-bahan pembungkusan.

Masa yang diambil untuk mereputkan pelbagai jenis sampah sarap.
a. Plastik -> 10 – 20 tahun
b. Aluminium -> 80 – 100 tahun
c. Kertas -> 6 bulan
d. Puntung Rokok -> 10 – 12 tahun
e. Polistrin -> infiniti

BIDANG 3 ; ALAM SEKITAR (3.1; Menyayangi dan menghargai alam sekitar)

BIDANG 3 ; ALAM SEKITAR (3.1; Menyayangi dan menghargai alam sekitar)

Definisi -> Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekitar untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem

Kata Kunci -> Memelihara alam sekitar
-> Memulihara alam sekitar

Kandungan Teks ; Tajuk ~ Flora dan Fauna Anugerah Tuhan

Usaha Penghutanan Semula

1. Maksud :
Kegiatan atau proses pengurusan hutan mapan dengan memelihara dan memulihara hutan.
Ia juga bermaksud menanam semula pokokpokok yang telah ditebang dan mengawal kegiatan penerokaan hutan secara haram.

2. Kepentingan usaha penghutanan semula
a. Untuk mengekalkan keseimbangan alam sekitar
b. Untuk mengekalkan hutan negara

3. Kepentingan hutan
a. Untuk mengimbangkan suhu / menyederhanakan suhu.
b. Menjadi habitat haiwan.
c. Tempat tadahan air.
d. Bekalan oksigen dan makanan.

3. Cara-cara menjaga dan memulihara keseimbangan alam sekitar
a. Mengurus pengeluaran sumber alam dengan bijaksana agar mencukupi untuk masa depan.
b. Melindungi hidupan liar yang terancam.
c. Menggunakan teknik lebih efisien dan mengeluarkan sumber alam.
d. Mengamalkan kitar semula dalam kehidupan seharian.

Isu : Kepupusan Hidupan Liar

Tapir Malaya
1. Kegiatan perburuan untuk perdagangan .
2. Habitatnya musnah kerana kegiatan pembalakan.

Orang Utan
1. Anaknya diburu untuk dijual.
2. Ibunya dibunuh (perburuan)
3. Habitatnya musnah kerana pembalakan

Gajah Asia
1. Dibunuh untuk perdagangan (gading).
2. Habitatnya musnah kerana pembalakan dan pertanian.

Badak Air
1. Gangguan habitat semulajadinya.
2. Diburu untuk perubatan tradisional.

Langkah Mengatasi

1. Mengawasi dan menjaga habitat haiwan-haiwan tersebut dengan elakkan aktiviti pembalakan dan peneroka hutan.
2. Memindahkan haiwan yang terlibat di tempat lain yang lebih selamat.
3. Menguatkuasakan undang-undang bagi melindungi hidupan liar seperti Akta Perhutanan 1993 / mengenakan denda dan penjara yang lebih berat.
4. Mengurus hutan secara berkesan dan terancang.
5. Elakkan membeli barangan yang berasaskan hidupan liar.

BIDANG 2 ; KEKELUARGAAN (2.4 ;Tanggungjawab terhadap keluarga. )

BIDANG 2 ; KEKELUARGAAN  (2.4 ;Tanggungjawab terhadap keluarga. )

Definisi -> Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga

Kata Kunci -> Kewajipan yang harus dilaksanakan
-> Meningkatkan imej keluarga, melahirkan keluarga bahagia, menjaga maruah keluarga.

Kandungan Teks ; Tajuk ~ Hubungan Mesra, Keluarga Bahagia

Rumahku, Syurgaku (Baiti Jannati)

 Diperkenalkan pada tahun 1992
 Tujuan 1 : untuk menggalakkan masyarakat kembali menyayangi keluarga.
 Tujuan 2 : untuk menjadikan keluarga sebagai institusi sosial yang penting dalam usaha membina peribadi mulia anak-anak muda.

Usaha meningkatkan dan mengekalkan suasana kehidupan keluarga yang berkualiti.

1. Perpaduan

a. Sentiasa berinteraksi sesama ahli keluarga.
b. Saling bekerjasama dan bermuafakat antara satu sama lain.
c. Menjaga tingkah laku semasa bergaul dengan anggota keluarga.

2. Kemesraan

a. Selalu bertanya khabar dan bertegur sapa
b. Tidak mengasingkan diri tetapi sentiasa turut serta dalam aktiviti keluarga.
c. Tidak angkuh dan menunjuk-nunjuk dengan anggota keluarga.

3. Perkongsian masa suka dan duka.

a. Bersedia memberi bantuan kepada anggota keluarga yang memerlukan.
b. Mengambil berat terhadap masalah yang berlaku dalam keluarga.
c. Susah dan senang dihadapi bersama-sama.

BIDANG 2 ; KEKELUARGAAN (2.3;Mengekalkan tradisi kekeluargaan. )

Definisi -> Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun temurun dalam keluarga

Kata Kunci-> Menerima ]Kebiasaan
-> Menghormati ]Adat
Mengamalkan ]Kepercayaan yang diwarisi secara turun temurun.

Kandungan Teks ; Tajuk ~ Kukuhkan Institusi Kekeluargaan

Mengekalkan tradisi keluarga merupakan tanggungjawab setiap anggota keluarga.

1. Amalan tradisi keluarga.

a. Masyarakat cina

Contoh : Perayaan ‘Tung Zhi’

i. Disambut pada setiap 22 Disember
ii. Untuk menyambut ketibaan musim sejuk atau ‘kuo tung’
iii. Dianggap sebagai satu simbol yang bermakna untuk merapatkan hubungan keluarga.

Cara Menyambut ‘Tung Zhi’

i. Keluarga yang jauh akan balik ke kampung
ii. Memasak makanan pelbagai jenis
iii. Jamuan makan bersama keluarga
iv. Bersembahyang bersama-sama sebagai tanda terima kasih.

b. Masyarakat India

Contoh : Penggunaan pokok pisang dalam majlis perkahwinan

i. Pokok pisang merupakan simbol kesinambungan zuriat / keturunan sesebuah keluarga.
ii. Anak-anak perlu berjasa kepada keluarga, bangsa dan negara.
iii. Anak-anak perlu memastikan maruah keluarga terpelihara setiap masa.





2. Kepentingan mengekalkan tradisi keluarga.

a. Dapat menyatupadukan anggota keluarga.
b. Mengeratkan hubungan kekeluargaan
c. Supaya tradisi ini tidak pupus / hilang.
d. Supaya generasi akan datang mengenali tradisi keluarga.
e. Sebagai jambatan untuk menghubungkan generasi muda dengan generasi tua.

3. Cara-cara mengekalkan tradisi keluarga.

a. amalan tradisi keluarga sebagai satu cara hidup
b. tidak malu / memandang rendah terhadap amalan tradisi keluarga.
c. Menasihati ahli keluarga agar tidak melupakan tradisi keluarga.