Ahad, 20 November 2011

BIDANG 1; PERKEMBANGAN DIRI (1.1 ; Kepercayaan Kepada Tuhan)

Definisi -> Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan
mematuhi segala suruhan-Nya berlandaskan pegangan
agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun
Negara

Kata Kunci
-> Keyakinan wujudnya Tuhan.
-> Mematuhi segala suruhan- Nya.
-> Mengikut pegangan agama masing-masing dan prinsip Rukun Negara.

Kandungan Teks ; Tajuk ~ Kesejahteraan Alam Tanggungjawab Bersama

1. Manusia diamanahkan untuk menjaga alam dan penghuninya.

a) Amanah Tuhan kepada manusia terhadap alam sekitar.
i. Tidak membuang sampah / toksik merata-rata.
ii. Tidak meneroka hutan atau melakukan pembalakan haram.
iii. Tidak membakar hutan atau pembakaran secara terbuka.
iv. Tidak memburu atau membunuh haiwan yang dilindungi.
v. Menjaga alam dan penghuninya agar tidak berlaku kerosakan.

b) Amanah Tuhan kepada manusia sesama manusia.
i. Hidup berkasih sayang, bantu membantu dan bekerjasama antara satu sama lain.
ii. Tidak melakukan penderaan kanak-kanak atau pembuangan bayi.
iii. Tidak mencuri. Menipu, merogol dan penagihan dadah.

2. Peranan dan Tanggungjawab sebagai satu amanah
a) Sikap bertanggungjawab terhadap semua tindakan demi kesejahteraan diri dan orang lain.
i. Menyokong usaha-usaha menjaga alam sekitar.
ii. Mematuhi undang-undang alam sekitar.
iii. Menjadi warganegara yang baik.

b) Perlakuan baik dilakukan oleh setiap individu
i. Tolong menolong antara satu sama lain.
ii. Hidup berbaik-baik.
iii. Mensyukuri nikmah pemberian Tuhan.

Tiada ulasan: