Ahad, 20 November 2011

BIDANG 2 ; KEKELUARGAAN (2.1; Kasih sayang terhadap keluarga )

BIDANG 2 ; KEKELUARGAAN  (2.1; Kasih sayang terhadap keluarga )

Definisi -> Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga

Kata Kunci -> Perasaan cinta, kasih dan sayang terhadap keluarga.
-> Sayang yang mendalam dan berkekalan.

Kandungan Teks ; Tajuk ~ Mereka Mengasihi, Kita Menyayangi

Budaya penyayang pegangan hidup berkeluarga.

1. Cara-cara menunjukkan kasih sayang terhadap ibu bapa kita.

a. Membantu ibu bapa melakukan kerja-kerja rumah.
b. Meraikan hari-hari istimewa keluarga seperti harijadi, hari ibu, hari bapa, hari ulang tahun perkahwinan.
c. Mengambil berat terhadap perasaan dan keperluan mereka.
d. Sentiasa berada di samping mereka terutama apabila ibu bapa sudah uzur dan tua.

2. Sebab-sebab perlu mengasihi dan menyayangi ibu bapa.
a. Untuk membalas jasa dan budi mereka yang membesarkan dan mendidik kita.
b. Untuk menghargai pengorbanan mereka yang telah melahirkan kita ke dunia.
c. Memupuk sikap saling memerlukan antara satu sama lain.
d. Untuk mewujudkan keluarga yag harmoni dan bahagia.
Meraikan hari-hari istimewa keluarga.

1. Contoh-contoh hari istimewa keluarga.

a. Hari Ibu -> minggu kedua bulan Mei.
b. Hari Bapa -> minggu kedua bulan Jun.
c. Hari Lahir
d. Hari Ulangtahun perkahwinan
e. Hari-hari perayaan seperti Tahun Baru Ccina, Hari Raya Aidil Fitri, Hari Natal, Deepavali.

2. Kepentingan / kebaikan meraikan hari istimewa keluarga.

a. Dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
b. Menunjukkan rasa penghargaan dan kegembiraan kepada ibu bapa.
c. Mempertemukan keluarga yang tinggal berjauhan.


3. Cara-cara meraikan hari istimewa keluarga.

a. Mengadakan jamuan makan.
b. Memberikan hadiah
c. Menulis kad ucapan
d. Keluar berkelah / melancong.
e. Mengucapkan secara lisan

Tiada ulasan: