Ahad, 20 November 2011

BIDANG 3 ; ALAM SEKITAR (3.4;Peka Terhadap Isu Alam Sekitar)

BIDANG 3 ; ALAM SEKITAR (3.4;Peka Terhadap Isu Alam Sekitar)

Definisi -> Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekitar dan berusaha menyelesaikannya

Kata Kunci -> Prihatin terhadap persoalan alam sekitar.
-> Berusaha menyelesaikannya.

Isu-isu alam :
i) Pencemaran (SPM 2004)
ii) Jerebu /pembakaran terbuka (SPM 2006)
iii) Pembuangan sisa toksik (SPM 2006)
iv) Kitar Semula
v) Kepupusan hidupan liar
vi) Pembalakan / penerokaan hutan

Kandungan Teks ; Tajuk ~ Alam Sekitar Berkualiti Tanggungjawab Bersama

Peranan pelbagai pihak dalam menjaga kuaiti alam sekitar

1. Jabatan Alam Sekitar (JAS)
a) Menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
b) Memastikan keunikan, kepelbagaian dan kualiti alam sekitar dikekalkan.

2. Masyarakat / orang ramai
a) Bekerjasama menjayakan kempen-kempen kerajaan berkaitan penjagaan alam sekitar seperti “Kempen Kitar Semula”
b) Melaporkan kes-kes salah laku yang mencemarkan alam sekitar kepada pihak berkuasa.

3. Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) – Sahabat Alam Malaysia (SAM)
a) Menyuarakan bantahan terhadap projek-projek yang menjejaskan kualiti alam sekitar.
b) Mengadakan kempen-kempen kesedaran tentang kesedaran menjaga alam sekitar.

4. Pertubuhan NGO Antarabangsa World Wildlife Fun (WWF dan Green Peace)
a) Memperjuangkan alam sekitar yang berkualiti.
b) Memberi tumpuan terhadap usaha-usaha pemuliharaan hidupan liar dan hutan.

Kebaikan menjaga kualiti alam sekitar.
a) Dapat menjamin kualiti alam sekitar yang bersih.
b) Dapat menjamin kesejahteraan dan keselesaan hidup rakyat.
c) Dapat memelihara keseimbangan ekosistem dan alam sekitar

Tiada ulasan: